Cari:
Pandangan Duta-duta Besar ASEAN tentang Semangat Jalan Sutera
2017-05-15 10:41:37 CRI Cetak

Sempena Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) diadakan di Beijing, Duta-duta Besar dari negara-negara ASEAN masing-masing menjelaskan pandangan mereka mengenai inisiatif B&R dan semangat Jalan Sutera dengan menggunakan peribahasa negara masing-masing.

Duta Besar Laos, Vanhdee Boudthasavong memetik pepatah, sebatang kayu tak menjadi pagar, seorang diri tak mewujudkan kemakmuran.

Menurut beliau, seperti inisiatif B&R yang dikemukakan China, hanya bersatu padu dan berganding bahu dengan semua negara yang terlibat dengan B&R, barulah kemakmuran bersama dapat tercapai.

Pepatah yang disukai Duta Besar Kemboja ke China, Khek Caimealy Sisoda ialah "di mana ada jalan, di situ ada pembangunan".

Beliau berkata, China telah menghulurkan banyak bantuan kepada Kemboja termasuk membina jambatan, jalan, sekolah, hospital dan loji janakuasa elektrik untuk membantu pembangunan Kemboja. Bantuan-bantuan tersebut merupakan tindakan praktikal untuk melaksanakan inisiatif B&R yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping.

Duta Besar Indonesia ke China, Soegeng Rahardjo pula berkata, ada satu peribahasa Indonesia lebih selari dengan semangat inisiatif B&R, iaitu "jika kita bersama dan bersatu, pasti kita lebih kuat dan lebih sejahtera".

Orang Indonesia selalu memetik peribahasa ini ketika merancang masa depan.

Beliau yakin tujuan inisiatif B&R adalah untuk mengesyorkan negara-negara terlibat agar bersatu padu demi kemakmuran bersama.

Duta Besar Thailand, Piriya Khempon menyebut satu peribahasa yang maknanya hampir sama dengan peribahasa Indonesia, iaitu "bersatu padu adalah sumber bagi semua".

Menurut beliau, kekuatan satu jari tidak mencukupi, hanya dengan menggenggam tangan barulah menjadi kuat. Hanya dengan bersatu padu, barulah memperoleh masa depan yang lebih cerah.

Peribahasa yang dapat menyentuh perasaan Duta Besar Filipina, Jose Santiago Sta. Romana ialah penyapu menjadi kuat kerana daun kelapa diikat rapat. Peribahasa tersebut jelas menunjukkan kepentingan perpaduan.

Duta Besar Vietnam, Dang Minh Khoi telah memetik puisi mantan Presiden Vietnam, Ho Chi Minh yang amat disukai beliau bagi menunjukkan hasrat memandang jauh dengan menaiki tempat yang tinggi, iaitu "dengan berjalan barulah mengetahui kesukarannya, di luar gunung ada gunung lagi. Sampai di puncak gunung, pemandangan yang luas terbentang di depan mata".

Presiden China, Xi Jinping pernah menghadiahkan puisi asli yang ditulis Ho Chi Minh kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong ketika melawat ke China.

Sempana Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R di Beijing, Dang Minh Khoi mengucapkan tahniah atas penganjuran forum kali ini. Dengan pemilihan puisi tersebut, beliau berharap inisiatif B&R akan memberikan sumbangan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan perpaduan dan kerjasama antara rakyat negara-negara terlibat B&R, di samping menggalakkan kedamaian, kestabilan dan pembangunan serantau dan dunia. 

 

 

 

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China