Cari:
Seminar Terjemahan, Bahasa dan Budaya Melayu-China 2017 Diadakan di Guangzhou
2017-05-16 11:15:49 CRI Cetak

Seminar Terjemahan, Bahasa dan Budaya Melayu-China 2017 anjuran bersama Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Guangdong (GDUFS) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan di Guangzhou pada 13 Mei lalu.

Seminar yang bertemakan "mendorong interaksi kebudayaan antara China dengan Malaysia melalui pengajian terjemahan, bahasa dan budaya" diadakan sempena kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China.

 

Pada hari yang sama, Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Melayu Mahasiswa-mahasiswi China yang pertama turut diadakan. Sebanyak 15 peserta dari lapan buah universiti seluruh China menyertai pertandingan tersebut. Wu Yingying dan Wang Jialu dari Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) serta Liu Yuxuan dari Univerisiti Pengajian Bahasa Asing Tianjin telah dinobatkan sebagai juara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China