Cari:
Malaysia Sanjung Tinggi Ucaptama Presiden Xi dalam Forum B&R
2017-05-16 13:38:47 CRI Cetak

Pelbagai kalangan masyarakat di Malaysia menyanjung tinggi ucaptama yang disampaikan Presiden China Xi Jinping dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) baru-baru ini.

Menurut mereka, saranan Presiden Xi untuk menjadikan inisiatif B&R jalan yang membawa kedamaian, kemakmuran, keterbukaan, ketamadunan dan inovasi, bukan sahaja selaras dengan matlamat pembangunan rantau Asia Tenggara, malah membawa peluang pembangunan yang besar kepada negara-negara di rantau tersebut termasuk Malaysia.

Sarjana dari Malaysia, Dr. Ei Sun Oh berkata, inisiatif B&R selaras dengan matlamat pembangunan negara-negara Asia Tenggara, yang pasti akan membawa peluang pembangunan yang besar kepada Asia Tenggara amnya dan Malaysia khasnya.

Beliau berkata, dengan wujudnya kedamaian, barulah kita dapat membina jalan yang membawa kemakmuran, keterbukaan, ketamadunan dan inovasi.

Malaysia kini sedang berusaha untuk mencapai aspirasi menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Dalam rangka B&R, Malaysia dapat menunjukkan potensi yang lebih besar sehingga menjadi lebih makmur.

Naib Ketua Institut Pengajian China Universiti Malaya, Dr. Yao Zhaobin pula berkata, ucaptama Presiden Xi telah menghuraikan definisi B&R dari aspek ketamadunan, sejarah dan matlamat jangka sama panjang, yang turut mencerminkan keberanian sebuah negara besar yang bertanggungjawab.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China