Cari:
Satelit Telekomunikasi China Tembusi Pasaran Indonesia
2017-05-18 11:04:24 CRI Cetak

China Great Wall Industry Cooperation (CGWIC) memeterai kontrak satelit telekomunikasi Palapa-N1 dengan Pasifik Satelit Nusantara (PSN) di Jakarta, Indonesia, semalam.

Ini menandakan satelit telekomunikasi buatan China berjaya menembusi pasaran angkasa lepas Indonesia buat julung-julung kalinya.

Berdasarkan kontrak itu, CGWIC akan memberikan pakej produk dan perkhidmatan kepada pihak Indonesia termasuk satelit, pelancaran, sistem di bumi, insurans, sokongan pembiayaan dan lain-lain.

Satelit Palapa-N1 dijadualkan mula beroperasi pada separuh tahun pertama tahun 2020.

Satelit Palapa-N1 adalah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) Institusi Teknologi Ruang Angkasa Lepas China di bawah China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC).

Satelit tersebut akan dilancarkan dengan roket pembawa Long March 3B di Pusat Pelancaran Xichang, China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China