Cari:
Rundingan Pelaburan dan Perdagangan Rentas Sempadan China-Thailand
2017-05-19 13:08:55 CRI Cetak

Rundingan Pelaburan dan Perdagangan Rentas Sempadan Thailand telah diadakan di Bangkok, Thailand semalam. Wakil dari lebih 300 syarikat Thailand dan China telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Naib Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak dalam majlis perasmian berkata, inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) bukan sahaja merupakan jalan yang menghubungkan ekonomi pelbagai negara, malah jalan yang mengikat hati rakyat, yang akan membawa manfaat kepada Asia dan seluruh dunia.

Beliau berkata, Thailand berharap dapat menyepadukan strategi pembangunan Koridor Ekonomi Bahagian Timur dengan inisiatif B&R.

Koridor tersebut akan membawa lebih banyak peluang kepada syarikat kedua-dua negara.

Naib Presiden Bank China, Liu Qiang pula berkata, kini terdapat lebih 50 juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di China telah menyumbang 60 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 80 peratus peluang pekerjaan di seluruh China.

Manakala, hampir 3 juta PKS di Thailand telah menyediakan 70 peratus peluang pekerjaan.

PKS kedua-dua negara yang dapat saling melengkapi ini berpotensi besar untuk menjalinkan kerjasama.

Bank China bersedia untuk mendorong kerjasama rentas sempadan antara PKS seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China