Cari:
Li Keqiang Ditemui Speaker Dewan Perwakilan Filipina
2017-05-20 14:28:47 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah ditemui Speaker Dewan Perwakilan Filipina, Pantaleon Alvarez di Beijing semalam.

Li Keqiang berkata, hubungan persahabatan China-Filipina selaras dengan kepentingan asas negara dan rakyat kedua-dua negara sekali gus memberikan manfaat kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau. China bersedia untuk terus mengintensifkan rasa saling mempercayai politik dengan Filipina, meneruskan kerjasama saling menguntungkan, meningkatkan pertukaran pelbagai peringkat dalam pelbagai bidang, di samping menangani perselisihan dengan baik supaya mengekalkan hubungan China-Filipina ke arah yang sihat dan stabil.

Li Keqiang berharap badan perundangan kedua-dua negara terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama yang dapat mendorong persahabatan kedua-dua pihak.

Menurut Li Keqiang, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN. China menyokong usaha Filipina sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN dan bersedia bersama-sama Filipina untuk mendorong kemajuan lebih besar dalam hubungan China-ASEAN dan kerjasama rantau Asia Timur.

Pantaleon Alvarez pula berkata, Dewan Perwakilan dan Dewan Undangan Filipina menyokong Presiden Duterte untuk memperbaiki dan mengembangkan hubungan dengan China. Kerjasama hakiki kedua-dua negara telah mencapai hasil yang baharu.

Beliau turut mengundang Perdana Menteri Li Keqiang melawat ke Filipina dan menghadiri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China