Cari:
Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC Ke-23 Berhasil
2017-05-22 16:15:52 CRI Cetak

Mesyuarat Ke-23 Menteri-Menteri Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di Hanoi, Vietnam pada 20 hingga 21 Mei lalu amat berhasil.

Demikian dinyatakan Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen ketika diwawancara oleh wartawan semalam.

Menurut beliau, antara hasil mesyuarat tersebut termasuk konsensus untuk menggalakkan integrasi ekonomi serantau dan pembangunan Zon Perdagangan Bebas Asia Pasifik (APFTA), menyokong sistem perdagangan pelbagai hala, menggalakkan kesalinghubungan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inovatif dan inklusif, meningkatkan daya saing perusahaan sederhana, kecil dan mikro, dan lain-lain.

Dalam mesyuarat itu, China turut mengemukakan konsep baharu kerjasama serantau yang berprinsipkan berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.

Katanya, hasil mesyuarat tersebut adalah selaras dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) serta saranan China untuk membangunkan ekonomi dunia yang terbuka, membina platform kerjasama yang terbuka, memelihara sistem perdagangan pelbagai hala, memudahkan serta meningkatkan kebebasan bagi perdagangan dan pelaburan, dan membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China