Cari:
ASEAN Tingkatkan Kerjasama Antikeganasan
2017-05-22 16:17:28 CRI Cetak

Pihak tentera Filipina dalam kenyataan semalam memaklumkan, tentera negara-negara ASEAN akan meningkatkan kerjasama dalam usaha membanteras keganasan yang mengancam kedamaian dan keselamatan serantau.

Menurut Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Awam, Angkatan Bersenjata Filipina Eduardo Arevalo, tentera pelbagai negara ASEAN telah menandatangani deklarasi bersama untuk meningkatkan kerjasama dalam latihan ketenteraan, bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana.

Selain itu, tentera negara-negara berkenaan juga akan berusaha untuk menjadikan Mesyuarat Tidak Rasmi Ketua-Ketua Angkatan Tentera ASEAN (ACDFIM) satu mekanisme rasmi untuk bersama-sama memerangi keganasan, di samping meningkatkan penyelarasan dalam menangani pelbagai ancaman bukan tradisional seperti bencana alam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China