Cari:
Zhang Dejiang Ditemui Speaker Dewan Perwakilan Filipina
2017-05-22 16:20:33 CRI Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Zhang Dejiang ditemui Speaker Dewan Perwakilan Filipina, Pantaleon Alvarez di Dewan Besar Rakyat, Beijing baru-baru ini.

Zhang Dejiang berkata, kerjasama China-Filipina telah memasuki era baharu selepas Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatanya dari Filipina, Presiden Rodrigo Duterte mencapai konsensus penting untuk membaiki dan mengembangkan hubungan kedua-dua negara.

China bersedia bersama-sama dengan Filipina meningkatkan rasa saling mempercayai dan komunikasi strategik, di samping memperkasakan kerjasama pragmatik untuk menggalakkan hubungan dua hala melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Pantaleon Alvarez pula berkata, Filipina menyokong inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan oleh China dan yakin bahawa inisiatif bersebut pasti akan menjana pembangunan dan kemakmuran negara-negara Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China