Cari:
Kerjasama China-Thailand dalam Industri Filem Semakin Rapat
2017-05-22 14:33:00 CRI Cetak

Kerjasama China dan Thailand dalam sektor kebudayaan termasuk industri perfileman dan TV semakin rapat. Hal ini akan turut merancakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, termasuk industri pelancongan antara kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan oleh Konsul Besar Thailand ke Nanning, China, Chairat Porntipwarawet dalam aktiviti promosi "Musim Tayangan Drama Thailand 2017" yang diadakan di Nanning, wilayah Guangxi baru-baru ini.

Kerjasama antara Guangxi dengan Thailand dalam bidang penerbitan drama TV dan dokumentari semakin diintensifkan. Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, puluhan drama TV Thailand telah disiarkan oleh stesen TV di Guangxi. Di samping itu, beberapa drama TV China telah diterjemahkan kepada bahasa Thai oleh Guangxi untuk disiarkan di Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China