Cari:
CSG Bekalkan Elektrik kepada Negara Asia Tenggara
2017-05-24 11:49:59 CRI Cetak

Syarikat Grid Kuasa Selatan China (CSG) aktif mengambil bahagian dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dan telah menjalankan urus niaga kuasa elektrik berjumlah 48.6 bilion kilowatt dengan Vietnam, Laos dan Myanmar.

Ketua Pengarah Jabatan Urusan Antarabangsa CSG, Wang Lin berkata bahawa pihaknya telah berjaya menyelesaikan beberapa projek penting di seberang laut yang membantu menyempurnakan kemudahan infrastruktur, sekali gus menjana pembangunan sosioekonomi tempatan.

Antara projek-projek itu termasuk stesen janakuasa hidroelektrik di Vietnam dan Laos serta projek kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) yang melibatkan grid berkapasiti 230 kilovolt di utara Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China