Cari:
Rusia, Filipina Ikrar Intensifkan Kerjasama
2017-05-24 13:20:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Rusia dan Filipina berikrar terus memantapkan hubungan persahabatan tradisional dan mengintensifkan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Moscow pada malam 23 Mei lalu.

Duterte dalam pertemuan itu berkata, Rusia merupakan rakan karib bagi Filipina. Negaranya bersedia terus memperkukuh ikatan kerjasama dengan Rusia, selain memperluas perdagangan dua hala.

Beliau menambah, Filipina memerlukan kelengkapan senjata moden untuk memerangi kumpulan militan Daesh. Dalam pada itu, bantuan dan sokongan padu daripada Rusia amat diperlukan.

Putin berkata, prospek kerjasama antara Rusia dan Filipina amat cerah, yang merangkumi kerjasama dalam sektor sumber tenaga, pembuatan jentera, prasarana pengangkutan dan teknologi ketenteraan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China