Cari:
Teo Chee Hean:China Berpotensi Main Peranan Pimpinan Lebih Besar
2017-05-25 14:46:11 CRI Cetak

China berpotensi untuk terus menginovasi diri dan memainkan peranan pimpinan lebih besar di pentas serantau dan dunia.

Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean ketika menyertai aktiviti memperingati ulang tahun ke-20 Institut Asia Timur, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) semalam.

Teo Chee Hean berkata, China memainkan peranan yang lebih penting di arena antarabangsa berbanding masa dahulu. Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang disarankan oleh China akan menggalakkan integrasi ekonomi dan pembangunan infrastruktur serantau dan memberi manfaat kepada negara-negara yang berkaitan.

Beliau menambah, Singapura menyokong kedua-dua saranan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China