Cari:
China Sokong Usaha Perdamaian di Myanmar
2017-05-25 14:47:39 CRI Cetak

China menyokong segala usaha untuk mewujudkan perdamaian dan permuafakatan antara pelbagai etnik minoriti di Myanmar.

Pihak-pihak terlibat diharap menyelesaikan perselisihan secara damai melalui dialog serta mewujudkan gencatan senjata di seluruh Myanmar secepat mungkin.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar semalam.

Menurut beliau, pusingan kedua Persidangan Panglong Abad Ke-21 yang sedang diadakan di Naypyidaw amat bermakna bagi meningkatkan persefahaman dan rasa saling mempercayai, menggalakkan proses perdamaian dan menyatupadukan pelbagai etnik di Myanmar.

Utusan khas Kementerian Luar China bagi hal ehwal Asia, Sun Guoxiang mengetuai delegasi China menyertai persidangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China