Cari:
China Jadi Rakan Dagang Terbesar bagi Filipina
2017-05-25 14:26:54 CRI Cetak

China merupakan rakan dagang paling besar bagi Filipina pada suku pertama tahun ini.

Demikian dinyatakan oleh Kaunselor Perdagangan Kedutaan Besar China di Filipina, Jin Yuan dalam Simposium Usahawan China-Filipina yang diadakan di Guangxi semalam.

Jin berkata, sejak Presiden Filipina, Rodrigo Duterte membuat lawatan ke China pada bulan Oktober lalu, kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang amat memuaskan. Pada suku pertama tahun ini, jumlah perdagangan dua hala meningkat 26% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. Pengeksportan beberapa produk pertanian utama Filipina ke China termasuk betik, nanas, pisang dan mangga, telah menyaksikan peningkatan yang ketara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China