Cari:
Ekonomi Laos Diunjur Meningkat 7%
2017-05-25 14:27:40 CRI Cetak

Ekonomi Laos diunjurkan mengekalkan pertumbuhan pada kadar kira-kira 7% pada tahun 2017 hingga 2019.

Unjuran itu dibuat dalam laporan yang dikeluarkan Bank Dunia semalam.

Menurut laporan itu, ekonomi Laos kini terutamanya bergantung pada projek janakuasa elektrik, industri pertanian dan industri pembuatan serta peluang daripada integrasi serantau.

Pembangunan sektor kuasa elektrik Laos membantu meningkatkan pengeksportan tenaga elektrik, manakala pelbagai sektor bukan berasaskan sumber seperti pelancongan, perdagangan dan kewangan di Laos pula lebih bergantung pada integrasi dan kesalinghubungan serantau.

Laporan itu juga menyarankan supaya Laos melakukan lebih banyak pelaburan dalam bidang perubatan dan kesihatan, bagi mencapai matlamat perkhidmatan perubatan dapat dinikmati seluruh rakyat menjelang 2025.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China