Cari:
Geely rakan strategik Proton
2017-05-25 12:36:51 CRI Cetak
DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) mencapai persetujuan dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd (Geely) bagi membolehkan syarikat tersebut membeli seba­nyak 49.9 peratus saham dalam Proton Holdings Berhad (Proton).

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar berkata, bagaimanapun jenama Proton akan kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.

Katanya, perjanjian itu juga membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah Geely Holding, di samping menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China tersebut termasuklah pasaran kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China