Cari:
Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai
2017-05-25 12:40:24 CRI Cetak
Keupayaan Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan pada 5.6 peratus bagi suku pertama 2017 adalah sesuatu yang mengatasi jangkaan ramai, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau turut menyifatkan usaha kerajaan menumpukan aspek asas-asas ekonomi sebagai strategi yang terbukti tepat.

"Ia jelas terbukti menerusi pertumbuhan asas semua sektor utama. Sehubungan itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha me­rancakkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar majlis pelancaran Laporan Tahunan 2016 NTP yang disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di sini malam tadi.

Laporan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula menyifatkan perakuan oleh firma-firma antarabangsa seperti Forbes, BAV Consulting dan Wharton School dari Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai paparan sentimen keyakinan para pelabur.

sumber: BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China