Cari:
Najib Ingatkan Peniaga Tidak Ambil Kesempatan
2017-05-25 12:45:14 CRI Cetak
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna sepanjang Ramadan dengan mengaut keuntungan melampau.

Beliau menegaskan, agensi kerajaan akan memantau harga barangan dan makanan.

"Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Saya ingin mengingatkan para peniaga untuk tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna. Janganlah membuat keuntungan melampau.

"Patuhilah Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada setiap masa," katanya menerusi akaun Twitter, malam ini.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China