Cari:
Pertemuan Wakil Kerajaan Myanmar dengan Militan
2017-05-26 15:07:44 CRI Cetak

Pemimpin-Pemimpin Suruhanjaya Kedamaian Myanmar antaranya Presiden Tin Myo Win, Naib Presiden U Thein Zaw dan penasihat kanan U Aung Kyi Nyunt, telah mengadakan pertemuan dengan wakil daripada 7 buah kumpulan militan etnik minoriti yang belum memeterai perjanjian gencatan senjata.

Wakil-wakil dari kumpulan militan di utara Myanmar itu telah menghadiri Persidangan Kedua Kedamaian Panglong Abad Ke-21 di Naypyitaw.

Selepas pertemuan selama dua jam itu, Tin Myo Win berkata kepada media bahawa kehadiran pelbagai pihak yang berdialog dalam persidangan kali ini adalah bagi tujuan mewujudkan kedamaian dan memupuk semangat persahabatan. Pencapaian yang signifikan ialah pelbagai pihak telah mewujudkan kepercayaan.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Myanmar beserta pihak China bagi menyediakan peluang tersebut.

Wakil kumpulan militan etnik minoriti pula menyatakan bahawa persidangan kedamaian kali ini telah diadakan dengan lancar. Kedamaian diyakini dapat diwujudkan pada suatu hari nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China