Cari:
BNM: Nilai Ringgit Stabil 
2017-05-26 10:29:27 CRI Cetak

Paras ringgit semasa akan semakin mengukuh seiring dengan pertumbuhan asas ekonomi negara Malaysia atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan pada 5.6 peratus bagi suku pertama 2017.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim berkata, berdasarkan kepada peningkatan tahap rizab antarabangsa ketika ini berjumlah AS$96.3 bilion (RM411.63 bilion), asas ekonomi negara diyakini akan semakin mengukuh.

"Jika terdapat aliran masuk jangka pendek, sebagai bank pusat, kita akan memastikan rizab antarabangsa berada pada paras yang mencukupi supaya ia dapat meningkatkan kecairan pasaran pertukaran asing sekali gus menyokong harga ringgit.

"Ini bukan perkara baharu kerana pengumpulan rizab ketika peningkatan aliran masuk akan memastikan kita mempunyai kecairan mencukupi apabila pelabur asing meninggalkan pasaran," katanya ketika ditemui pada majlis anugerah Biasiswa Kijang Emas semalam.

sumber: UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China