Cari:
Kerajaan Malaysia Sasar Bina 77 Loji Rawatan Kumbahan Sehingga 2040
2017-05-26 10:51:03 CRI Cetak
Kerajaan Malaysia menyasarkan untuk membina 77 loji rawatan kumbahan di seluruh negara sehingga 2040 di bawah Pelan Strategi Pembetungan Negara dengan anggaran peruntukan keseluruhan RM52 bilion.

Perdana Menteri negara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sehingga kini, 46 loji rawatan kumbahan serantau telah dibina bertujuan untuk terus memelihara kualiti sumber air negara.

Malaysia, katanya, bertuah kerana mempunyai sumber air banyak dengan sebahagian besar daripada sumber air mentah diperoleh daripada 150 batang sungai yang merupakan sumber air mentah utama.

"Bagaimanapun dengan perubahan cuaca global yang tidak menentu dan kemerosotan kualiti air sungai, kini Malaysia berdepan cabaran kekurangan bekalan air mentah," katanya ketika merasmikan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 serta Taman Rekreasi dan Sukan Pantai, Pantai Eco Park di Kuala Lumpur semnalam.

Projek loji rawatan kumbahan itu dimulakan sejak 2011 dan dibangunkan dengan kos RM983 juta.

Menurut Najib, tiga punca utama pencemaran sungai telah dikenal pasti iaitu buangan industri berasaskan pertanian dan pembuatan, kumbahan domestik serta aktiviti penternakan.

Perdana menteri berkata komitmen semua pihak penting bagi merawat semua jenis sisa kumbahan dan sisa industri dengan sempurna dan memastikan sumber air tetap terpelihara daripada pencemaran.

sumber: BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China