Cari:
3 Suspek Serangan Bom di Jakarta Ditangkap
2017-05-27 10:56:45 CRI Cetak

Polis Indonesia menahan 3 orang suspek yang disyaki terlibat dalam serangan bom berkembar di Jakarta, yang menyebabkan tiga anggota polis terbunuh.

Tiga suspek berkenaan ditangkap di Bandung, ibu kota provinsi Jawa Barat pagi semalam.

Polis sedang menyiasat peranan ketiga-tiga lelaki itu dalam serangan tersebut serta pihak yang menjadi dalang serangan berkenaan.

Dua kejadian serangan berani mati berlaku di sebuah stesen bas di timur Jakarta pada 24 Mei lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 5 orang terbunuh dan 10 lagi cedera.

Kumpulan pelampau Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut. Namun hal ini masih belum disahkan oleh pihak polis Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China