Cari:
Konflik di Malawi Dijangka Tamat dalam Seminggu
2017-05-27 11:14:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Konflik yang berlaku di bandar Malawi, pulau Mindanao, selatan Filipina dijangka dapat ditamatkan dalam tempoh seminggu akan datang.

Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana berkata, Presiden Rodrigo Duterte telah mengarahkan supaya usaha membanteras pengganas dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Menurut Lorenzana, tindakan kumpulan pelampau di bandar Malawi itu merupakan pemberontakan, dan kerajaan tidak mempunyai pilihan yang lain, selain menanganinya melalui operasi ketenteraan.

Sebelum ini, Presiden Rodrigo Duterte telah mengumumkan penguatkuasaan undang-undang tentera selama 60 hari di pulau Mindanao.

Ketua Turus Angkatan Tentera Filipina, Eduardo Ano semalam berkata, pihaknya merancang mengakhiri pelaksanaan undang-undang tentera itu dalam tempoh 60 hari nanti.

Selain itu, jurucakap tentera Filipina mengesahkan bahawa tentera dan polis telah menembak mati 31 anggota bersenjata. Sestengah daripada mereka ialah warga Malaysia, Singapura dan Indonesia. Pengganas asing dipercayai mengajari pengganas Filipina teknik untuk melancarkan serangan, termasuk membuat bom.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China