Cari:
Thailand Rancang Habis Jual Stok Beras yang Berlebihan
2017-05-30 14:12:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Thailand telah menjual hampir 70 peratus daripada 18 juta tan stok beras pada ketika ini.

Kerajaan negara itu merancang menjual stok beras yang berlebihan sampai habis dalam tempoh perkhidmatan kerajaan penggal ini.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berkata demikian ketika menyampaikan ucapan tahniah dalam Persidangan Beras Thailand 2017 yang diadakan di Bangkok pada 29 Mei lalu.

Prayut berkata, kerajaannya sentiasa mementingkan isu stok beras yang berlebihan dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu.

Dalam pada itu, kerajaan telah menggubal rancangan kehabisan stok beras secara menyeluruh dengan mempertimbangkan kepentingan pasaran dan golongan petani.

Kerajaan penggal baharu Thailand diunjurkan akan dipilih dalam pilihan raya umum yang diadakan pada separuh kedua tahun 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China