Cari:
Pingxiang, Guangxi Bina Jambatan Sambung ASEAN dan Eropah
2017-06-01 14:59:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Penyambungan laluan khas pengangkutan kargo antarabangsa antara Benteng Youyiguan, bandar Pingxiang, wilayah autonomi Guangxi, China dengan Pintu Sempadan Persahabatan Vietnam telah selesai pada ketika ini.

Hal tersebut bukan sahaja akan membantu meredakan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan sempadan tersebut, malah turut menggalakkan pembinaan satu jambatan yang menghubungkan rantau ASEAN dengan benua Eropah.

Qiu Minghong, Setiuasaha Parti Komunis China (PKC) Jawatankuasa Bandar Pingxiang memaklumkan bahawa laluan khas yang sepanjang 845 meter tersebut dijangka akan memendekkan tempoh masa bagi karga-kargo untuk melepasi kastam.

Vietnam juga berkeyakinan penuh dengan projek pembinaan laluan khas tersebut yang dijadualkan beroperasi secara rasmi menjelang penghujung tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China