Cari:
Malaysia Kekal Antara 25 Ekonomi Paling Kompetitif
2017-06-01 09:47:38 CRI Cetak
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran luaran dan domestik, Malaysia telah mengekalkan kedudukannya antara 25 negara paling kompetitif, iaitu di tempat ke-24 daripada 63 negara dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) 2017 oleh Institut Pembangunan Pengurusan yang berpangkalan di Switzerland.

Walaupun merosot daripada tempat ke-19 daripada 61 negara tahun lepas, Malaysia telah menambah skor kepada 83.53 daripada 83.05 yang dicatat tahun lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, daya saing Malaysia terjejas teruk oleh dinamik dan persekitaran luaran yang mencabar pada 2016 seperti ketidaktentuan dasar kewangan Amerika Syarikat, turun naik mendadak dalam harga komoditi global serta trajektori tidak menentu pertumbuhan global.

"Bagaimanapun, daya tahan ekonomi dan kewangan Malaysia telah memberikan sokongan untuk bertahan daripada kejutan luaran dan mencegah Malaysia daripada mengalami kejatuhan prestasi yang lebih besar," kata laporan tersebut.

-- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China