Cari:
Pesawat MAS MH128 Berpatah Balik Akibat Gangguan Penumpang
2017-06-01 09:52:48 CRI Cetak

Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik disebabkan seorang penumpang yang mencetuskan gangguan.

Dalam satu kenyataan malam tadi, MAS berkata penerbangan MH128 yang berlepas dari Melbourne, Australia pada malam Rabu, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 5.28 pagi 1 Jun waktu Malaysia.

"Penerbangan itu berpatah balik selepas kapten penerbangan dimaklumkan oleh seorang krew kabin bahawa seorang penumpang cuba memasuki ruang kokpit," kata kenyataan itu.

Penerbangan tersebut berlepas dari lapangan terbang Melbourne pada 11.11 malam waktu tempatan dan mendarat dengan selamat di lapangan terbang itu pada 11.41 malam.

-- BERNAMA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China