Cari:
Ang San Suu Kyi Ditemui Fang Fenghui
2017-06-02 11:37:01 CRI Cetak

Penasihat Negara Myanmar, Ang San Suu Kyi telah ditemui anggota Jawatankuasa Ketenteraan Pusat yang juga Ketua Turus Bersama Jawatankuasa Ketenteraan China, Fang Fenghui di Naypyidaw semalam.

Ang San Suu Kyi berkata, beliau pernah bertemu dengan Presiden Xi Jinping beberapa kali dan mencapai banyak persepakatan mengenai hubungan bilateral.

Myanmar menyambut baik inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), banyak projek kerjasama kedua-dua negara telah membuahkan hasil.

Myanmar berharap dapat mengintensifkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.

China telah memainkan peranan yang aktif dalam Persidangan Panglong Abad ke-21 yang diadakan di Myanmar. Myanmar bersedia untuk bersama-sama dengan China memelihara kedamaian dan kestabilan kawasan sempadan.

Fang Fenghui pula berkata, atas usaha bersama Presiden China, Xi Jinping dan Penasihat Negara Myanmar Ang San Suu Kyi, rasa saling percaya dalam bidang politik antara kedua-dua negara terus meningkat, kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan ketenteraan semakin erat dan kedua-dua negara saling menyokong dalam isu-isu penting.

Pihak tentera China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan tentera Myanmar dan memainkan peranan yang membina dalam usaha menggalakkan perkembangan hubungan China-Myanmar secara menyeluruh.

Pada hari yang sama, Naib Presiden Myanmar, U Myint Swe dan Komander Tentera Pertahanan Myanmar, Min Aung Hlaing juga telah mengadakan pertemuan dengan Fang Fenghui secara berasingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China