Cari:
Bom AFP Tersasar
2017-06-02 11:39:45 CRI Cetak

Jurucakap pihak tentera Filipina semalam berkata, dalam serangan udara yang dilancarkan Angkatan Tentera Filipina (AFP) terhadap kumpulan militan Maute dan Abu Sayyaf di bandar Marawi, Mindanao di selatan Filipina, 11 askar pasukan darat telah terkorban, manakala tujuh lagi cedera kerana bedilan bom tersasar daripada sasaran.

Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana menyatakan bahawa insiden itu berlaku disebabkan kerja-kerja penyelarasan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Pihaknya telah menubuhkan pasukan kerja untuk menyiasat perkara tersebut, di samping memaklumkannya kepada Presiden Rodrigo Duterte.

Menurut Lorenzana, selepas berlakunya pertempuran selama lebih seminggu, senjata panduan tepat yang digunakan oleh tentera udara Filipina hampir habis.

Dianggarkan masih ada 50-100 pemberontak pada ketika ini. Oleh itu, pihak tentera akan menghantar lagi beratus-ratus anggota tentera laut dan 21 kereta kebal ke lokasi pertempuran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China