Cari:
Malaysia dan China Tingkatkan Kerjasama Penguatkuasaan Undang-undang
2017-06-02 13:09:41 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditemui anggota Dewan Negara yang juga Menteri Keselamatan Awam China, Guo Shengkun di pejabatnya semalam.

Guo Shengkun turut menyampaikan salam Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Guo menyatakan bahawa China amat menghargai rasa saling mempercayai antara kedua-dua negara selama ini, dan berharap kedua-dua pihak terus melaksanakan persepakatan yang telah dicapai pemimpin kedua-dua negara, di samping meningkatkan penyelarasan strategik dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang serta menggalakkan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Malaysia terus berkembang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama penguatkuasaan dan keselamatan kedua-dua negara yang menjadi komponen penting dalam menggerakkan hubungan bilateral telah membuahkan hasil.

China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan Malaysia memperkasakan kerjasama dalam kempen antikeganasan, pembanterasan dadah, memerangi jenayah penipuan melalui telekomunikasi, memburu penjenayah serta keselamatan siber dan rasuah.

Perdana Menteri Najib juga meminta Guo Shengkun menyampaikan salam kepada Presiden Xi dan Perdana Menteri Li.

Beliau menyatakan bahawa kerjasama kedua-dua negara dalam bidang penguatkuasaan dan keselamatan semakin erat.

Malaysia bersedia untuk meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan China untuk menggalakkan hubungan bilateral melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Lawatan Guo Shengkun kali ini adalah atas undangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Memerangi Jenayah Rentas Sempadan China-Malaysia ke-3.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China