Cari:
Atlet Myanmar Berlatih di China Sempena Sukan SEA
2017-06-05 11:39:44 CRI Cetak
Sebanyak 264 atlet Myanmar tiba di China semalam. Mereka akan menjalankan latihan di provinsi Hunan dan Yunnan untuk membuat persiapan bagi menghadapi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-29 di Kuala Lumpur.

Ini merupakan kali ketiga China memberikan bantuan teknik dalam bidang sukan kepada Myanmar.

Menurut perjanjian kerjasama kedua-dua pihak, 264 atlet Myanmar itu akan menerima latihan di China dalam tempoh 90 hari.

Selain itu, China juga akan menghantar sembilan jurulatih ke Myanmar untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para atlet selama 20 hari, di samping menyediakan pelbagai peralatan dalam acara lawan pedang, berenang, memanah, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China