Cari:
Najib: Menangi Perang Ideologi untuk Tangani Keganasan
2017-06-05 09:31:21 CRI Cetak
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ancaman keganasan tidak cukup ditangani dengan tindakan polis dan ketenteraan semata-mata kerana pemikiran ideologi mereka yang terpesong perlu juga dimenangi.

Beliau berkata, pemahaman mengenai ajaran Islam yang sebenar perlu diterapkan kepada masyarakat agar mereka tidak terpedaya dengan kegiatan keganasan.

Menurut Najib, berdasarkan serangan-serangan keganasan yang berlaku di Kabul, Aghanistan; London dan Manchester di United Kingdom; Marawi, Filipina dan Jakarta, Indonesia, ancaman keganasan tidak boleh dipandang remeh di negara itu.

"Kita hendak perangi ancaman keganasan ini bukan hanya dengan alat dan bala tentera dan polis serta kuasa penangkapan, tetapi lebih kepada memenangi perang ideologi.

"Ini untuk mereka memahami apakah Islam yang sebenar dan apakah tuntutan Islam kepada kita (masyarakat Islam)," katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Kuala Lumpur.

sumber: UTUSAN

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China