Cari:
Antikeganasan, Tumpuan Dialog Shangri-La
2017-06-05 15:59:45 CRI Cetak

Dialog Shangri-La ke-16 berakhir semalam. Para menteri pertahanan dan pegawai kanan dari pelbagai negara memberikan perhatian yang tinggi terhadap isu antikeganasan. Situasi di Marawi, Filipina turut menjadi tumpuan dalam dialog kali ini.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyampaikan ucapan yang bertajuk, "Cabaran Rantau Asia Pasifik".

Menurut beliau, pelampau agama dan kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) merupakan cabaran utama bagi rantau ini.

Pihaknya akan bergabung tenaga dengan Filipina dan Indonesia untuk menjalankan rondaan di kawasan perairan Pulau Mindanao sebagai langkah menghadapi ancaman IS.

Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen pula berkata, usaha membanteras keganasan menjadi topik penting dalam perbincangan menteri pertahanan pelbagai negara.

Pihaknya dan negara-negara yang lain akan membantu Filipina memerangi keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China