Cari:
Parti Rakyat Kemboja Menang dalam Pilihan Raya Wilayah Tempatan
2017-06-06 11:19:35 CRI Cetak

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengumumkan Parti Rakyat Kemboja (CPP), parti pimpinannya memperoleh majoriti undi dan menang dalam pilihan raya wilayah tempatan Kemboja ke-4.

Menurut keputusan kiraan undi peringkat awal, CPP telah memperoleh 51 peratus undi daripada 6.74 juta undi yang sah.

Dalam pada itu, jurucakap Cambodia National Rescue Party (CNRP), iaitu parti pembangkang terbesar di negara itu, Yim Sovann mengaku kalah dalam pilihan raya itu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Kemboja, keputusan rasmi akan diumumkan pada 25 Jun.

Pilihan raya wilayah tempatan Kemboja diadakan lima tahun sekali.

Terdapat 1646 daerah di negara itu. Bilangan pengundi berdaftar mencatat 7.87 juta orang. Sebanyak 12 buah parti telah bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Pilihan raya wilayah tempatan dikatakan dapat menunjukkan hasrat sebenar rakyat kerana hanya pilihan raya wilayah tempatan dan kongres kebangsaan dipilih secara terus oleh para pengundi.

Pilihan raya wilayah tempatan kali ini menjadi perhatian umum kerana dianggap sebagai petunjuk bagi pilihan raya di negara itu pada tahun 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China