Cari:
China Bantu Myanmar Bina Sekolah
2017-06-07 11:55:22 CRI Cetak

Bangunan baharu Sekolah Persahabatan China-Myanmar, iaitu Sekolah Menengah Tinggi Hlaing Thar Yar Mombor Sembilan Yangon dirasmikan semalam.

Ketua kampung Hlaing Thar Yar, Aung Ko Oo berkata, lebih 4500 pelajar di sekolah tersebut berkongsi enam bangunan pada masa dahulu, namun jumlah tersebut masih tidak mencukupi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Besar China di Myanmar kerana menyalurkan bantuan untuk membina bangunan baharu.

Isteri Duta Besar China ke Myanmar, Wang Xuehong pula berkata, beliau berharap lebih banyak pelajar Myanmar boleh mendapat faedah daripada "Sekolah Persahabatan China-Myanmar" itu, sekali gus menyumbang demi pembangunan Myanmar dan persahabatan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China