Cari:
Indonesia, Jepun Bincang Projek Pembinaan Kereta Api Jakarta-Surabaya
2017-06-07 11:59:02 CRI Cetak

Menurut Agensi Berita Antara, Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla telah menemui Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Jepun pada Isnin lalu bagi membincangkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, termasuk projek pembinaan kereta api berkelajuan sederhana Jakarta-Surabaya.

Menurut Jusuf Kalla, kerajaan Indonesia tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan dalam projek tersebut, tetapi mahu memanfaatkan pendekatan "kerjasama syarikat".

Difahamkan, kedua-dua negara akan mengadakan rundingan khas tentang projek itu pada bulan September nanti.

Landasan kereta api Jakarta-Surabaya sepanjang 730 kilometer dan perjalanannya mengambil masa lapan hingga sembilan jam. Pihak Indonesia berharap dengan siapnya kereta api berkelajuan sederhana itu, masa perjalanan itu boleh dipendekkan empat hingga lima jam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China