Cari:
Lelaki Warga Argentina Ditahan Seludup Dadah
2017-06-07 14:29:13 CRI Cetak
Seorang lelaki warga Argentina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana cuba menyeludup dadah dipercayai kokain bernilai RM 1.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata suspek berusia 38 tahun yang dipercayai dijadikan keldai dadah itu ditahan oleh pasukan khas taktikal risikan narkotik (STING) pada pukul 6 petang Isnin lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan ke atas suspek, sebanyak empat bungkusan mengandungi 4.8 kilogram kokain yang diletakkan di beg miliknya ditemukan.

sumber: UTUSAN ONLINE

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China