Cari:
Platform Kerjasama Kehakiman China-ASEAN
2017-06-07 11:26:55 CRI Cetak

Guangxi, China akan berusaha membina platform kerjasama kehakiman China-ASEAN yang baharu bagi mencipta iklim perundangan yang baik kepada interaksi dan kerjasama pelaburan dan perdagangan pelbagai negara.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Mahkamah Rakyat Tinggi Guangxi, Huang Ke sempena Forum Hakim Besar China-ASEAN ke-2 semalam.

Menurut beliau, seiring dengan interaksi sosiobudaya dan perdagangan antara China dengan negara ASEAN, Guangxi yang dilihat sebagai nadi penting dalam inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) perlu mengintensifkan kerjasama kehakiman dengan negara ASEAN, selain mempelajari sistem perundangan masing-masing dalam usaha menghadapi cabaran jenayah rentas sempadan.

Forum Hakim Besar China-ASEAN ke-2 akan diadakan di Nanning pada 7 hingga 9 Jun ini. Pegawai kanan mahkamah tinggi dari 16 buah negara akan menghadiri forum tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China