Cari:
Kursus Lanjutan E-dagang Rentas Sempadan China-ASEAN 2017
2017-06-07 13:23:25 CRI Cetak

Kursus lanjutan e-dagang rentas sempadan China-ASEAN 2017 anjuran sekretariat Ekspo China-ASEAN telah dilancarkan di Nanning, China, semalam.

Kira-kira 30 pegawai kerajaan dari negara-negara ASEAN berkongsi pengalaman pembangunan e-dagang masing-masing dalam kursus tersebut.

Pegawai Jabatan E-dagang dan Teknologi Maklumat Kementerian Industri dan Perdagangan Vietnam, Le Thi Ha menyatakan bahawa industri e-dagang sedang memasuki fasa pembangunan pesat di negaranya.

Pihaknya berharap dapat mengintensifkan interaksi dan kerjasama dalam sektor tersebut dalam usaha mewujudkan platform e-dagang sendiri.

E-dagang menyediakan saluran mudah bagi pemasaran produk dan perkhidmatan kedua-dua negara, di samping mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China