Cari:
Jumlah Pelancong Asing ke Filipina Naik Suku Pertama
2017-06-07 14:44:21 CRI Cetak

Menurut statistik Kementerian Pelancongan Filipina, jumlah kemasukan pelancong asing ke negara itu pada suku pertama tahun ini mencatat 1.78 juta orang, meningkat 11.4 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Akhbar The Philippine Star mengulas bahawa Menteri Pelancongan yang baharu, Wanda Tulfo-Teo telah menandatangani perjanjian kerjasama pelancongan dengan negara-negara sumber pelancong terpenting bagi Filipina, antaranya termasuklah China, Jepun, Kemboja, Rusia dan Turki. Langkah tersebut dianggap berkesan bagi peningkatan jumlah pelancong dari negara-negara tersebut.

Walaupun pertempuran di Marawi dan kes tembakan di pusat peranginan The Resorts World Manila telah memberikan impak kepada industri pelancongan tempatan, namun kementerian itu akan berusaha mempromosikan sektor tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China