Cari:
Minyak Mentah dari Myanmar Tiba di China
2017-06-08 15:21:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut maklumat Syarikat Petroleum Kebangsaan China (CNPC), minyak mentah yang disalurkan melalui saluran paip minyak China-Myanmar telah dihantar ke Anning, Yunnan China pagi semalam.

Projek saluran paip minyak mentah China-Myanmar merupakan sebahagian projek saluran paip minyak dan gas asli China-Myanmar.

Saluran paip gas asli mula beroperasi pada bulan Julai tahun 2013 dan telah membekalkan sebanyak 14 bilion meter padu gas asli kepada China.

Manakala saluran paip minyak pula mampu menghantar 13 juta tan minyak setahun.

Minyak yang dihantar melalui saluran paip itu akan diproses di provinsi Yunnan untuk memenuhi permintaan kawasan barat daya negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China