Cari:
Rali Antarabangsa China-ASEAN 2017
2017-06-08 14:26:55 CRI Cetak

Rali Antarabangsa China-ASEAN 2017 akan dilancarkan di Guangxi, China pada bulan November nanti.

Rali antarabangsa berkenaan akan merentasi kesemua negara ASEAN.

Naib Setiausaha Sekretariat ASEAN, AKP Mochtan dalam rangka lawatan ke Guangxi menyatakan bahawa ASEAN mementingkan interaksi dan kerjasama dengan China.

Pihaknya akan memberikan bantuan dan sokongan padu pada rali tersebut.

Beliau mencadangkan garisan pertandingan kali ini memanfaatkan projek kesalinghubungan yang telah siap dibina bagi menunjukkan hasil kerjasama China-ASEAN.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Sukan Guangxi, Lu Yiwen pula berkata, rali pada tahun ini berbeza dengan tahun-tahun yang lalu kerana tidak tertumpu pada perlumbaan semata-mata, sebaliknya merangkumi aktiviti pertukaran kebudayaan bagi menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara China dengan ASEAN serta pembangunan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China