Cari:
China dan ASEAN Bincang Kerjasama dan Latihan Polis
2017-06-08 14:35:56 CRI Cetak

Forum Pengetua Institut Polis China-ASEAN dan Negara-Negara Lain ke-2 dan rundingan meja bulat penguatkuasaan undang-undang telah diadakan di bandar Kunming, China, semalam.

Perwakilan dari China, Bangladesh, Myanmar, Laos, Filipina dan Thailand turut menghadiri forum tersebut.

Naib Pengetua Institut Polis Rakyat Laos berkata, walaupun sistem politik pelbagai negara tidak sama, namun tugas polis tetap serupa, iaitu memastikan keselamatan nyawa dan harta benda rakyat serta ketenteraman masyarakat terjamin.

Kursus bahasa yang ditawarkan di institusi tersebut bertujuan untuk memudahkan kerjasama penguatkuasaan antarabangsa.

Naib Pengetua Institut Polis Rakyat Vietnam pula berkata, yang paling penting, pelbagai negara mahu saling mempelajari dan berkongsi sumber bagi menggalakkan kerjasama antara polis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China