Cari:
Forum Perlindungan Warisan Budaya di Kawasan Lembah Sungai Lancang-Mekong
2017-06-08 14:04:52 CRI Cetak

Forum Perlindungan dan Promosi Warisan Budaya pelbagai negara di kawasan lembah Sungai Lancang-Mekong telah diadakan di Kunming, provinsi Yunnan, China semalam.

Pegawai dan sarjana dari China, Laos, Kemboja, Myanmar, Thailand dan Vietnam mengadakan perbincangan tentang perlindungan warisan budaya dan meluluskan Inisiatif Kunming.

Menurut inisitif tersebut, kawasan lembah Sungai Lancang-Mekong kaya dengan pelbagai budaya dan bangsa. Warisan budaya di kawasan ini amat cemerlang.

Seiring dengan trend perindustrian, urbanisasi dan globalisasi yang semakin pesat, corak kehidupan dan pengeluaran turut berubah.

Warisan budaya di kawasan tersebut juga berdepan dengan pelbagai cabaran.

Inisiatif Kunming menggalakkan agensi-agensi berkenaan meningkatkan kesedaran tentang konsep "berkongsi masa depan sesama insan", menyokong perlindungan warisan budaya, penyelidikan arkeologi, pameran barang-barang antik serta pertukaran tenaga kerja profesional.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China