Cari:
Empat Lagi Suspek Pukul Pemandu Uber Direman di Malaysia
2017-06-09 14:54:50 CRI Cetak

Empat lagi individu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes pukul seorang pemandu Uber yang didakwa mencabul wanita Vietnam di Lintang Paya Terubong, Pulau Pinang, Malaysia Selasa lalu.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 27 hingga 43 tahun itu dikeluarkan Majistret Muna Maria Azmi di Mahkamah Majistret hari ini.

Kesemua mereka disiasat kerana merusuh menggunakan senjata ditahan susulan penahanan empat lelaki termasuk suami wanita Vietnam dan pemandu Uber, yang juga direman empat hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Rabu lalu, pemandu Uber berusia 29 tahun cedera parah dan keretanya rosak teruk selepas dipukul 10 lelaki kerana didakwa mencabul wanita Vietnam yang menggunakan perkhidmatannya.

Pemandu Uber itu didakwa membuka seluar dan menarik tangan wanita berkenaan supaya memegang kemaluannya namun dia menafikan perkara tersebut dalam laporan polis dibuat kemudiannya. 

sumber: UTUSAN ONLINE

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China