Cari:
China Sedia Hulur Bantuan kepada Myanmar
2017-06-09 11:30:03 CRI Cetak

China bersedia untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh Myanmar dalam menangani tragedi pesawat tentera di negara itu.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying di Beijing semalam.

Sebuah pesawat tentera Myanmar yang membawa 122 penumpang terputus hubungan ketika berada di bahagian selatan negara itu, kelmarin.

Bangkai pesawat malang itu dan mayat mangsa telah berjaya ditemui.

Menurut Hua, China mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa yang terlibat dan bersedia melaksanakan usaha mengikut kehendak dan keperluan Myanmar.

Syarikat Import dan Eksport Teknologi Penerbangan China telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sudah membuat persiapan untuk memberikan bantuan kepada Myanmar bagi menyiasat punca kemalangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China