Cari:
Malaysia Sokong Kempen Antikeganasan Filipina
2017-06-12 14:42:52 CRI Cetak
Malaysia menyokong usaha kerajaan Filipina memerangi keganasan termasuk membanteras kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan Negara Islam (IS).

Begitulah kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika bertemu dengan pegawai Kementerian Pertahanan Filipina pada 9 Jun lalu.

Hishammuddin menegaskan, Malaysia tidak akan tunduk kepada keganasan, dan akan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN lain untuk membantu Filipina dalam memerangi IS di selatan Mindanao.

Tambah beliau, kerajaan Malaysia dan Filipina akan berkongsi maklumat perisikan dan meningkatkan sinergi dalam menyekat sumber modal pengganas. Malaysia juga akan bersama-sama Singapura dan Indonesia menetapkan strategi terbaik untuk membanteras IS di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China