Cari:
Keganasan Cemar Kesucian Islam
2017-06-12 14:44:42 CRI Cetak

Beberapa insiden pembunuhan serta keganasan yang melibatkan orang Islam dan dibuat atas nama Islam di seluruh dunia mencemar kesucian agama Islam.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Islam progresif, yang bukan sahaja mementingkan pembangunan material, malah turut mengutamakan pembangunan modal insan.

Kesucian bulan Ramadan pada tahun ini diganggu oleh serangan keganasan yang dilakukan atas nama Islam. Hal ini bertentangan dengan ajaran al-Quran yang berasaskan prinsip rahmat, kemanusiaan dan keadilan.

Tegas beliau, umat Islam perlu menolak segala bentuk penyelewengan serta percubaan untuk mengaitkan Islam dengan keganasan dan ekstremisme.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China