Cari:
China, Kemboja Kerjasama Bina Landasan Kereta Api
2017-06-12 14:52:27 CRI Cetak

Penyempurnaan kemudahan infrastruktur dan kesalinghubungan dengan negara serantau amat signifikan bagi pertumbuhan ekonomi Kemboja.

Demikian menurut Menteri Projek Awam dan Pengangkutan Kemboja, Sun Chanthol semasa menemui Lu Peng, Pengerusi Biro Ke-17 Syarikat Kumpulan Kereta Api China, sebuah subsidiari Perbadanan Pembangunan Kereta Api (CRCC).

Kata beliau, kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk mengkaji kebolehlaksanaan projek penyempurnaan sistem kereta api di Kemboja.

Syarikat Royal Group Kemboja, Biro Ke-17 CRCC dan Syarikat Sino Great Wall China telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pelaburan bersama infrastruktur landasan kereta api di Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China